Sunday, October 24, 2010

BENCANA LIDAH

Lisan atau lidah manusia memang gemar membuat janji, tetapi seringkali pula jiwa tidak ingin menepati janji yang dibuat oleh lisan tadi. Maka dengan itu jadilah janjinya bohong atau janji yang dimungkiri. Itu adalah tanda-tanda adanya sifat nifaq pada orang itu.

Allah telah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji." (Surah l-Maidah : 1)
Allah s.w.t. telah memberikan setinggi pujian ke atas Nabi Ismail a.s. di dalam kitab-Nya yang mulia dengan firman-Nya:
"Sesungguhnya dia (Ismail) adalah benar janjinya." (Surah Maryam : 54)
Apabila Saiyidina Abdullah bin Umar telah hampir menemui ajalnya, beliau berkata:
"Sebenarnya dulu ada seorang Quraisy telah meminang puteriku, dan aku telah mengikat suatu perjanjian untuk menikahkan puteriku itu kepadanya. Demi Allah aku tidak gemar menemui Tuhan, sedang sepertiga dari sifat nifaq itu ikut bersama-samaku. Oleh itu saksikanlah, bahawasanya aku telah menikahkan si Fulan itu dengan puteriku."
Diceritakan dari Abdullah bin Abul-Khansa’, katanya:
"Saya pernah mengikat janji dengan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda diangkat menjadi nabi. Ada barang yang saya janjikan kepadanya akan saya bawa ke tempat yang telah dipersetujui, tetapi malangnya saya terlupa hari itu dan juga esoknya. Maka saya mendatanginya pada hari ketiga, dan saya dapati baginda masih tetap menunggu di tempatnya. Bila saya sampai, maka baginda berkata:
"Wahai pemuda! Engkau telah menyakiti aku dengan janjimu, sebab saya berada di sini menunggu sejak tiga hari lalu."
Ibnu Mas’ud r.a. pula bila berjanji, niscaya dia akan berkata: "InsyaAllah."
Cara beginilah yang lebih baik. Sesudah berkata InsyaAllah, jika ia memang faham bahawa menepati janji itu adalah wajib, maka hendaklah ia menepati janji itu, kecuali jika dihalangi oleh keuzuran. Akan tetapi jika ketika membuat janji itu, hatinya telah bertekad untuk memungkirinya.
Maka itulah yang dinamakan sifat nifaq.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Tiga perkara, barangsiapa yang berada di dalamnya, maka ia dicap munafik, sekalipun ia puasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim, iaitu; bila berbicara ia bohong, bila berjanji ia mungkiri dan bila menerima amanah dia khianati."
Sabda Baginda yang lain:
"Empat perkara yang jika seseorang manusia ada di dalamnya, maka ia menjadi munafik, dan barangsiapa mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu, samalah seperti ia mempunyai sifat kemunafikan, sehingga dia menjauhinya lagi: Jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia mungkiri, jika membuat pengakuan dia belot dan jika menuntut dia curang."
Sifat-sifat ini hampir-hampir tertimpa ke atas orang yang ketika berjanji, dia siang-siang telah berazam untuk menyalahi janjinya ataupun yang memungkiri janji tanpa apa-apa keuzuran.
Adapun orang yang berazam untuk menepati janji, tiba-tiba tanpa disangka-sangka pula timbul suatu keuzuran yang menghalangnya dari memenuhi janjinya, maka orang itu tiadalah terkira seorang munafik meskipun pada lahirnya sifat kemunafikan itu berlaku atas dirinya.
Namun sebaik-baiknya, hendaklah dia cuba menghindarkan diri dari terkena sifat kemunafikan itu sebagaimana dia menjauhkan dirinya dari hakikat kemunafikan juga; iaitu apabila berjanji, cari jalan supaya keuzuran tidak akan berlaku tanpa ada sebab yang benar-benar dharurat.
Sahabat.. ketahuilah. Apabila dimungkiri, ia sakit dan pedih. Jadi hindarilah dari memungkiri janji.

Aku, Lim dan Islam

Aku, Lim dan Islam
Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.
Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM.
Aku
masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan
pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke
zaman
remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk
menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika
ada
kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke
rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga
Tahun
Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia
sering
menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi
jeram,
ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami
kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan
perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20
tahun
telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat
Green
Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran.
maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit,
yang
ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis
surat
kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya
memberitahu
Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang
kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since
5
years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah
S.W.T.
Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah
menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan
bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena
menyambut
kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah
jauh
berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama
kekasih
yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua
olang" Ibu
Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami
berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa,
tetapi
kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman
rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk
berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama
berada
diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau
tanya
macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu,
is
my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam?
Mengapa
aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa
bukan di
Malaysia , negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau
betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di
dunia
saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku
akan
dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak
sampaikan
dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang
lain.Kau
sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan
kau
didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati
seorang
diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam
adalah
kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang
dilahirkan
dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah
adalah
tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung
Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak
ada
keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu
kalau
bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri
aku,
cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul
dan
tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau
sudah
bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu
sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan
seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau
boleh
panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim
adalah
benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk
untuk
memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah
akan
memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan
segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang
dengan
satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan
lebih
20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini
(benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang
bukan
Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat
dilahirkan sebagai Islam.

Carilah Jalan Kembali

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." - Al-Maidah: Ayat 35
Jasad kita berasal daripada tanah. Ia harus kembali kepada asal kejadiannya untuk mencapai kepuasan.
Disebabkan itulah kita makan apa yang tumbuh daripada tanah, juga binatang-binatang yang memakan hasil tanah.
Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan semuanya tumbuh daripada tanah.
Apabila jasad memperoleh sumber makanan daripada permukaan bumi, maka ia akan kenyang, tenang dan bertenaga.
Ruh kita datang daripada Allah, ditiupkan ke dalam jasad.
Maka ruh takkan mencapai ketenangan selagi ia belum kembali kepada Tuhan.
Untuk mencapai kepuasan ruh/jiwa/hati, tidak ada jalan lain melainkan kembali kepada penciptanya. Maka carilah jalan kembali.
Bukan kembali dengan kematian jasad, tetapi kembali dengan menghidupkan hati. Ya, jiwa yang kering kontang menggambarkan jauhnya kita daripada Tuhan.
Jiwa yang tak terisi dengan ruh Iman dan Taqwa akan diisi dengan keduniaan. Hakikatnya dunia itu takkan habis dikejar.
Makin kita punya harta, makin jiwa kacau tak senang duduk. Terikat dengan material.
Makin kita punya pangkat, makin tinggi yang ingin kita kejar dan capai.
Makin kita punya apa sahaja yang kita inginkan, makin kita inginkan sesuatu yang lebih lagi untuk kepuasan.
Hakikatnya jiwa kita menderita, tak puas dan tak mencapai ketenangan, ketenteraman.
Bukan ertinya kita harus terkurung meninggalkan dunia luar, itu adalah satu fahaman yang salah.
Sebaliknya, gunakanlah apa sahaja yang ada atas dunia ini demi mencari jalan kembali kepada Allah.
Biar jasadmu keluar mencari anugerah Allah di atas muka bumi, tapi jangan sekali-kali membiarkan hatimu melayang hilang terputus daripada pergantungan kepada Ilahi.
Jangan sekali-kali memisahkan dunia daripada Tuhan, dan meminggirkan Tuhan dalam segenap kehidupan.
Padahal Allah tak memerlukan kita, kita yang memerlukan-Nya.
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan." - Az-Zumar: 54
Allah telah menyeru dan akan sentiasa menjawab panggilan kita saat kita mencari-Nya.
Cuma kita yang belum benar-benar tekad untuk kembali kepada-Nya.
Atau mungkin kita sering berusaha kembali, namun dunia tetap memesongkan kita dan lebih menarik hati kita.
Maka kita tak jadi kembali.
Kita berputus asa dan tak mahu lagi mencuba untuk kembali, padahal Allah tak pernah jemu menunggu kita menyeru melainkan kita sendiri yang jemu untuk meminta dan meniti jalan menuju-Nya.
Ingat, jangan berputus asa daripada Rahmat Allah:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - Az-Zumar: Ayat 53
Wahai jiwa yang sentiasa menyesali diri, di ceruk manapun kau berada, apakah kau merasa bebas daripada pengawasan Allah?
Dalam keadaan manapun kau berada, adakah kau merasakan Allah tidak mengetahui isi hatimu? Sombongnya engkau tatkala kau pergi memalingkan wajahmu daripada Ilahi.
Sedangkan Dia tak pernah menutup pintu taubat bagimu.
Maka wahai manusia, kembalilah kepada Tuhanmu. Jika kau tak temui jalan, carilah... Kau tidak bertemu kerana kau tidak mencari.

Tanda-Tanda Hati Kita Keras

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.
Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

PESANAN UNTUK ORANG CANTIK

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.
Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.
Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.
Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.
Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.
Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

Saturday, October 23, 2010

PESANAN IMAM HAMBALI

Berkata Imam Al-Hanbalii;

حب من يحبنا وحب من يكرهنا. ان الله رسل رسوله الأمي الأمين لنا وان لم نتبعه فويل لنا أبدا وجهنم مصيرنا وكفرا عقيدتنا. فذكر الله كثيرا وكذلك يسلمنا ان شاء
الله

(Sayangilah sesiapa yang menyayangi kita dan sayangilah sesiapa yang membenci kita. Sesungguhnya ALLAH telah mengutuskan rasulNya yang ummi, al-amin, kepada kita dan sekiranya tidak kita ikutinya maka celakalah kita selamanya dan jahannamlah tenpat kembali kita dan kufurlah akidah kita. Maka ingatlah ALLAH banyak2 dan demikian itu akan menyelamatkan kita insyaALLAH)

PESANAN IMAM HAMBALI

Berkata Imam Al-Hanbalii;

حب من يحبنا وحب من يكرهنا. ان الله رسل رسوله الأمي الأمين لنا وان لم نتبعه فويل لنا أبدا وجهنم مصيرنا وكفرا عقيدتنا. فذكر الله كثيرا وكذلك يسلمنا ان شاء
الله

(Sayangilah sesiapa yang menyayangi kita dan sayangilah sesiapa yang membenci kita. Sesungguhnya ALLAH telah mengutuskan rasulNya yang ummi, al-amin, kepada kita dan sekiranya tidak kita ikutinya maka celakalah kita selamanya dan jahannamlah tenpat kembali kita dan kufurlah akidah kita. Maka ingatlah ALLAH banyak2 dan demikian itu akan menyelamatkan kita insyaALLAH)